Sunday, January 26, 2014

.lagu berjuara.

AJL.  Sudah masuk yang ke-28.  Tak sangka.  Kali terakhir tengok AJL masa umur 17 tahun.  Itu pun tengok sampai pukul 10 lebih.  Sebab biological clock cakap pukul 10 harus tidur.ehe.

Satu-satunya AJL yang tengok sampai habis adalah pada tahun 1998 (ya ampun skemanya ayat).  Tak tau macam mana boleh bertahan sampai lewat malam. Minum kopi lima cawan kali.

Selepas 17 tahun, masuk maktab dan university, eh tiba-tiba tak tahu AJL tu berdiri untuk apa (baca: stands for what). Ceh. Padahal tak ada tv dan malas tengok atas talian (baca: online). 

Teringat, masa Aizat menang tahun lalu.  Ramai yang menghebahkan cerita yang Aizat sangat cool pegang mug nyanyi lagu Yuna.  Cuba mencarinya di Youtube.  Cis. Lagu 'terukir di bintang tak mungkin hilang...' Sebab saya tak suka lagu itu saya tak jadi menikmati ke-cool-an Aizat pegang mug.(alaa mug ja pun) 

Malam ini, saya mengulangi sejarah tahun 1998. Itu pun sebab tertidur pukul 8 dan terbangun pukul 9 lebih.  Baru perasan irama traditional, balada dan pop rock sudah tiada bah kan? Iya. Ketinggalan zaman. Biar.

Tapi heels yang di pakai Jac sangat cantik.


p/s: Oh, such an abrupt ending.  Coz it's 1 am.  and I'm not a 'night owl'. Time to sleep everyone. Kroih kroih

No comments: