Monday, December 2, 2013

.orang hebat.

Teringat ketika menaiki teksi dari hotel ke KLIA. Pak Cik teksi baik.  Dia banyak cerita pasal pemandangan kirikanan (walaupun saya kurang sopan kadang-kadang menguap sebab tak cukup tidur.)

"Putrajaya ni cantikkan?'

'Cantik.'

'Dulu semua hal pentadbiran buat di KL. Sekarang ni semua tertumpu di Putrajaya. Ramai orang suka.'

'Kenapa pakcik?'

'Sebab dapat kurangkan kesibukan di bandaraya.  Taklah jem sangat kalau nak pegi kerja.  Ada yang nak pegi KL, ada yang nak pegi putrajaya.  Jadi jalan tak sesak sangat.'

'Oo.'

'Mahathir ni pandai.  Dulu pakcik ingat lagi, ramai yang tak setuju dia buat pusat pentadbiran di Putrajaya.  Tapi sebab dia degil, dia tak peduli semua orang. Dia buat juga.  Bila da siap Putrajaya tu, semua senyap.'

'Dia memang hebat!'

Sekarang, Tun Dr. Mahathir letak jawatan sebagai penasihat PETRONAS. Dan jawatan itu akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib.  Krikkrikkrik.

3 comments:

Adib Hitam said...

Owh. What a great post! Bezanya dia dgn org lain, dia habiskan duit tpi kita masih ada pelaburan asing masih ada income and kita bleh nampak duit tu pegi mana.

Anonymous said...

Tun M memang hebat...the only mistake he did was Anwar..
i saw his speech today, and amazing how delegates from abroad respect him..
third world especially, gave him a standing ovation..

ana rama said...

I secretly hope there's someone like him in the parlimen. hehe.