Wednesday, December 25, 2013

.Keep.making.excuses.

Dalam kereta. Lampu merah atas jalan.  Kereta berhenti.  Tiba-tiba muncul kereta dari arah belakang memotong dengan laju dan langgar lampu merah.  Hebat!:

'Ish. Kurang asam betul! @#$%^^&*&$%!'
'Sabar.  Mungkin bini dia mau bersalin.'
'Mana ada perempuan dalam kereta tu.'
'Mungkin dia mau pergi hospital.'
'Hospital arah sana. Bukan sini!'
'Dia ada emergency tu.'
'Emergency apanya sampai potong orang langgar lampu merah! Rude!'
'Anak dia kemalangan ka. Kan? Kita tak tahu.'

*Senyap


Dalam kereta.  Pasang signal ke kanan.  Sangat pasti tidak ada kenderaan dari arah belakang sebelah kanan.  Muncul motorsikal secara tiba-tiba.  Ditunggang dengan laju dan bahaya:

'Bawak girlfriend! Patutlah laju. Mau tunjuk macho la tu. Huh!'
'Dia bawa lelaki rambut panjang mungkin.'
'Mustahil!Pegang pinggang lelaki tu kuat-kuat macam tak mahu lepas.  Lelaki mana ada buat macam tu. Unless dia gay.'
'Mungkin isteri dia.'
'No no. Isteri tak kan pegang kuat-kuat macam tu.'
'Kenapa pula?'

*Senyap


Tunggu orang.

'Dia tak sampai-sampai lagi'
'Jalan jam mungkin.'
'Kalau dah tau jalan jam, geraklah awal.Ish.'
'Dia urus bini dia baru bersalin mungkin.'
'Ish.'
'Tak apa lah.  Kejap lagi mungkin dia sampai.'
'Kalau pun lambat, bagi tahu lah awal-awal!'
'Mungkin dia habis kredit'

*senyap



Tunggu phone call.

'Dia tak telefon-telefon lagi.'
'Dia sibuk kot.'
'Tak. Mustahil. Selalu dia free ja.'
'Dia tak ada kredit mungkin.'
'Aku telefon pun dia tak angkat.'
'Dia tertinggal phone?'
'Takkan lah tertinggal phone sampai satu hari!'
'Dia tak sedar tu telefon bunyi. Silent mode.'
'Tak.Tak. Dia memang sengaja.  Dia tak mahu cakap dengan aku. Dia memang sengaja!'
'Dia penat tu. Banyak kerja.'
 'Tak!'
(1 message received)- "Sorry. Kredit habis. Handphone silent.  Busy buat research."

*senyap



p/s: Be positive and make excuses for every unfortunate things that happened. (Most days, words speak louder than action.ehe.)

No comments: