Tuesday, September 10, 2013

.tolong doakan saya.

Mungkin pernah terlintas di fikiran untuk meminta orang mendoakan kita.  Terutama dalam saat-saat genting; peperiksaan, temuduga kerja/university, elaun tak masuk-masuk walaupun dah 10 bulan menunggu, atau ditinggalkan kekasih. eh.

Kadang mungkin rasa malu untuk minta orang doakan. Sebab, biasalah, manusia. Rasa ingin tahunya amat tinggi kadang-kadang.

'Boleh doakan aku?'
'Boleh. Doakan apa?'
'Supaya hati tenang.'
'Kenapa? Ko buat apa sampai tak tenang?'
'Entah.'
'Mana boleh entah. Ko buat maksiat banyak betul ni.  Dosa apa lagi ko buat? Ko da cek doktor ada HIV atau tak?' (ehe.cerita melampau.)

Kadang dapat orang yang belum faham konsep doakan orang lain. Kenapa mau doakan dia? Doa aku pun nda termakbul lagi sibuk mau doakan orang lain. Ish.

Ada pula orang yang ego. Tak mau minta orang lain doakan. Rasa-rasanya agama aku lagi tinggi dari dia. Doa aku mungkin lagi di angkat. Tak pa. Biar aku doa sendiri.

Kadang ada orang yang belas kasihan melampaui batas. Hidup dia pun tak terurus. Kalau aku minta dia doakan aku, kesian la pula dia. Takut dia tak da masa mau doa.

Kadang mungkin kita terlepas pandang.  Meminta orang lain mendoakan kita adalah bonus untuk diri sendiri jugak.  Yalah.  Mungkin dosa kita yang banyak ni penghalang doa dimakbulkan.  Jadi, dalam ramai-ramai orang yang mendoakan tu mungkin ada la dalam empat lima orang yang soleh.  Doa orang yang baik ni akan diangkat oleh Allah. InsyaAllah.

Orang yang mendoakan orang lain pun dapat bonus jugak. Malaikat di sekelilingnya akan mengaminkan doa untuk dirinya juga.

'Ya Allah semoga Aminah cepat kawin.'
Malaikat cakap 'untuk kau jugak ramadana.' (eh?)

Apabila salah seorang mendoakan saudaranya (sesama Muslim) tanpa diketahui oleh yang didoakan, maka para malaikat berkata: Amin dan semoga engkau memperoleh pula sebagaimana yang engkau doakan itu.”
— HR Muslim dan Abu Daud —
 
*google
 
 
p/s: Jadi..motifnya sekarang ni, tolong doakan si penulisblog. Malam ni ada saat-saat genting dan penting dalam keluarga. Tolong doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah ya. Terima kasih. =)

2 comments:

Anonymous said...

Asking prayer for one another is a sunnah. Peace be with you = )

amal_amer said...

very good news coming? :D