Monday, July 29, 2013

.Teacher's diary. (pelajar.macam vvip)

Insiden salah masuk kelas cukup sinonim dengan Teacher Rama sekarang.  Kalau orang tanya Teacher Rama mana satu, bolehlah jawab 'Ala, cikgu yang selalu salah masuk kelas tu'. Ish.

Tak apa. Itu bukan cerita utama.

Selepas insiden salah masuk kelas, terus sahaja menuju ke kelas yang sepatutnya; kelas tingkatan satu.  Pukul 4.09.  Seminit awal dari waktu sebenar.  Menanti dengan penuh sabar kerana mereka baru saja habis waktu rehat. Dan keburukan masuk kelas awal adalah, cuma 4 orang yang menanti di kelas.

4.15 petang, masih 4 orang.  Sabar. Puasa ni.  Jangan marah-marah.

4.20 petang, bilangan 4 menjadi 6 orang.  Sabar. Puasa ni.

4.25 petang,   satu persatu masuk. Perangai macam-macam.
Ada yang basah kuyup.  Bila di tanya, jawabnya
'Ada orang mandikan saya di tandas teacher'

Ada yang masuk tiba-tiba menangis macam drama melayu.
 'Teacheeer handphone saya di tangkap. Dalam tu ada gambar boyfriend saya.  Ada gambar exboyfriend saya. Ada gambar kakak tingkatan 2 yang rampas exboyfriend saya.  Dalam tu ada mesej boyfriend. Cemana ni teacheeer.'

Ada yang masuk memaki-maki. Bila di tegur, jawabnya
'Sorry bah teacher. Panas aku tadi.'

Ada yang masuk wangi semerbak.
 'Sorry teacher.  Minyak wangi tumpah. HAHA'

Ada juga yang tak masuk.  Bersidai di beranda.  Mengurat perempuan kelas sebelah.

Pada mulanya berusaha menahan sabar. Lepas semua yang berlaku, mula tanya diri sendiri 'Sabar tu apa? Nama orang? Makanan? Nama jalan?'

Syukur Allah kurniakan mata dan suara.  Mata dibesarkan, suara ditinggikan.  Oh, dan terima kasih juga kasut tumit tinggi.  Sesi melawan tentangan mata ternyata amat mudah.  Ketinggian yang luar biasa dapat menandingi pelajar gengster yang perasan tinggi kerana mereka terpaksa mendongak untuk bertentang mata.

Cuma tinggal sejam untuk sesi pembelajaran.  Kelas kembali normal.  Senyap, tenang dan menjawab soalan dengan baik. 

Bagus. Esok cabaran baru menanti.  Semoga terus tabah.

Those days, when baju kurung is not the only formal attire that we can wear. I miss those days.  Ouh, macam ni la muka memikirkan masalah budak-budak. 

No comments: