Wednesday, July 3, 2013

.Bila permata itu macam kaca.

Tidak tahu apa yang dimahukan oleh rakyat Mesir.  Usia pemerintahan Presiden Mohamed Morsi belum sampai setahun, namun beliau sudah digulingkan. Mengapa beliau tidak diberi peluang? Hairan. Sedih. Teringat apalah nasib rakyat Mesir sekarang. 

Perjuangan memang payah.  Apa lagi kalau yang diperjuangkan itu adalah kebenaran.  Puncak pendakian makin curam, ada saja halangan menanti di hadapan.  Sedangkan nabi Muhammad SAW pun harus melalui pelbagai cabaran dugaan yang maha hebat pada zaman jahiliyyah dulu sebelum terbentuknya masyarakat Islam yang bertamadun.  Nabi Yusuf juga pernah diduga, dibuang ke telaga oleh saudaranya, malah menjadi hamba sebelum baginda menjadi seorang pembesar Mesir yang hebat.  Dan mario pun harus melalui pelbagai halangan untuk mendapatkan puteri kesayangan.  Dan ramadana harus bekerja membanting tulang memerah otak untuk mendapatkan sepasang kasut idaman.Eh.

Kesimpulannya, ini adalah ujian Allah, dan semoga menjadi penguat semangat untuk umat Islam seluruhnya bersatu mendoakan kesejahteraan umat Islam di Mesir.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
-Al-Ankabut- 29:2
 
 
Semoga semuanya selamat.amin.
 
Wallahualam.

No comments: