Saturday, June 22, 2013

.Teacher's diary. (banyak tanya)

So my morning starts with teaching those primary kiddos bahasa melayu.  Ehem! 

'Umpama mencurahkan air ke daun keladi tu apa?' Tiga murid bertanya.
'Itu adalah simpulan bahasa.  Maksudnya orang yg tak pandai terima nasihat.'

Aku lukis gambar orang dan gambar daun keladi sebab budak-budak lagi suka visual.

'Contohnya ini manusia...'

'Tidak.Itu Aiman! Itu Aiman!' jerit murid lelaki yang sangat aktif.

'Ok.ok. Ini Aiman. Aiman x suka dengar cakap ibu bapa.'

'Tapi Aiman dengar cakap mama!!'

'Ok.ok.ok. Let's say ini Aiman lain.'

'Aiman mana?Kawan kakak?' (Masa tuisyen perkataan cikgu tidak diguna pakai.hoho)

'Err..ya.  Jadi ibu bapa Aiman bagi nasihat, nasihat tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  Macam air apabila dituang atas daun keladi..'

'Aiman kawan kakak tu jahat? Dia tak suka dengar cakap mama dia? Kenapa dia xdengar cakap?'

'Err..' (terus terbayang muka Aiman marjon 1. Tak sampai hati cakap dia jahat.) 'Aiman kawan kakak tu baik.  Macam ni la..tak kisahlah Aiman mana pun dia ni, yang penting kalau kita tak dengar nasihat, kita sama macam daun keladi.  Faham?'


Ingin menjelaskan benda simple ambil masa hampir 15 minit. Pingsan!

No comments: