Thursday, March 21, 2013

.ingin berlari laju.



Hati menggaru-garu sejak pagi tadi.  Hairan. Seawal bangun pagi hati mula tidak sedap.  Cuba muhasabah diri, arahan Allah yang mana dimungkiri. Sesal. Jawapan tidak ada.  Mungkin kerana terlalu banyak dosa.

Di sekolah. Usai mengajar. Kembali ke bilik guru. Perasaan itu muncul lagi.  Ya Allah.  Risau.  Cuba berbicara dengan Tuhan..minta hati ditenangkan.  Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Teknik tidak berkesan.  Kakak duduk di sebelah mengerling kehairanan.

Muhasabah lagi.  Berita buruk apa yang akan kuterima?  Cuba redha.  Mungkin ini kifarah dosa. Risau.

Balik sekolah.  Hati makin tidak sedap.  Debaran kencang yang menggoncang.  Ini semua penangan observation hari esok, mungkin.  Cuba bermonolog.  Menyedapkan hati.  Gagal.

Allah menjawab pertanyaan.  Berita yang tidak enak didengar.  Tidak ada persoalan lain yang timbul di hati.  Hanya 'Kenapa' yang datang bertubi-tubi.  Maaf.  Aku hilang vocab untuk membalas perkhabaran.  Tunggu aku tidur untuk mendigest segala yang terjadi. Terkejut. Seperti terkena renjatan elektrik yang kuat.  Sakit. Sedih. Iya.  Menaip sambil mengeluarkan air mata amat pedih.  Kamu bertabah. Ok?


"Apabila hati menggaru-garu, itu tandanya tindakan itu adalah dosa" (nasihat dari seorang kakak)


p/s: Kak Husna, saya rindu.  Bulatan sudah tidak segembira dulu.

1 comment:

Anonymous said...

jom sama-sama gembirakan bulatan kembali.