Thursday, December 6, 2012

mengapa jadi begini?

Solat berjemaah memang best. Dahlah dapat pahala lebih, kau boleh senyap dan dengar ja imam baca. Tapi yang tak best kalau kau berjemaah tiba-tiba ada lompang sebelah kau.  Bukan tak ada orang.Ada sebenarnya. Tapi orang sebelah tidak mahu berganjak dari sejadah warnawarni kegemarannya. Sejak bila sejadah jadi ukuran untuk mark territory ketika berjemaah? Main pagar-pagar pula, ingat ini rumah?

Pergi shopping di satu tempat yang first time pergi tahun ni.  Excited macam biasa. Tapi keseronokan tu hilang tiba-tiba.  Apa kau rasa kalau tiba-tiba kau semangat membeli orang tu cakap pilihan kau salah siap paksa kau beli 3 jenis baju yang memang tak pernah ada dalam list shopping kau sejak zaman tadika lagi (eh over pula).  Bila kau mau blah bole pula dia tanya 'kenapa pegi?kenapa tak mau beli yang ini?' siap dia jeling lagi. Eh, HAHA betul lah.

Kau drive pun bole tertidur apalagi kalau orang drivekan. Jadi sampai bila kau mau pandai drive kalau begitu.Patutlah kau nda dibagi pinjam kereta sampai sekarang. Takut nanti tawau jadi tumpuan tv3; 'seorang wanita memandu sambil tutup mata' awesome!  

pegal.

kenapa tajuk macam jiwang.


No comments: