Sunday, December 30, 2012

.kasut tumit tinggi.



kasut tumit tinggi cantik

elegant

classy.

tapi bila pakai lama-lama, tumit jadi sakit

tak selesa

kaki bengkak

melecet.

menyusahkan!

kasut tumit tinggi banyak tepi-tepi kedai.

cantik.

tapi kebanyakan tahap ketidakselesaan adalah tinggi.

sebab?murah.normal lah.

nak cari pakej kasut tumit tinggi berkualiti dan cantik, yang boleh bawa lari-lari kalau lambat ke kelas agak susah.

letaknya bukan di tepi-tepi kedai,

tetapi di dalam gelas kaca.

zaman sekarang...kebanyakan kasut tumit tinggi cantik dipandang, tapi sakit dipakai.

mahu mencari yang betul-betul berkualiti memerlukan kesabaran yang tinggi (yalah.duit melayang.haruslah sabar)

kadang-kadang tersalah pilih kasut,

dipakai beberapa minggu, kemudian hanya menjadi perhiasan di rak kasut

atau paling tidak disedekahkan kepada wanita lain.


walaupun kasut tumit tinggi berguna untuk lempar anjing yang ganas

dan berguna juga untuk memijak kaki lelaki yang gatal,

namun kasut bertapak rata a.k.a. flat shoes/pumps lebih mencuri tumpuan kini

walaupun tidak bergaya, yang penting tidak menyakitkan dan selesa

kalau ada anjing kejar, larian pecut ternyata mudah

jika lelaki ingin menggatal, tak usah layan.mudah bukan?



oh, sebenarnya baru sebentar tadi membeli kasut tapak rendah.kakak hairan.selalunya beli kasut tumit tinggi.aha.semua manusia berubah.saya juga manusia. maka perubahan itu perlu.bosan melihat kasut tumit tinggi.sesetengahnya harus diletak tepi.atau buang saja terus kedalam tong sampah.tutup rapat-rapat dan teruskan perjalanan dengan kasut baru yang selesa.

No comments: