Tuesday, June 1, 2010

from my humble opinion

Islam tidak mengajar kita untuk mendoakan benda-benda keburukan terhadap orang lain.Malah haram hukumnya sekiranya seseorang muslim itu mendoakan keburukan untuk sahabat semuslimnya (betulkan sy sekiranya sy silap).

Namun, dalam hal kekejaman zionis di Palestine ini, adalah wajib untuk kita mendoakan pembalasan azab ke atas kekejaman mereka. Berdoa kepada Allah semoga Dia mengalahkan israel laknatullah ini. Sy tahu mesti ada yg tidak berpuas hati dgn statement ini. Let's make it clear then.

'Israel laknatullah' ini merujuk kepada orang-orang israel yg membunuh manusia tidak berdosa di Palestine tanpa belas kasihan (spt yg berlaku baru-baru ini). Ia bukan merujuk kepada semua orang Israel. Tidak. Tidak sekali-kali menggunakan 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Tidak semua yahudi berperangai ala-ala binatang (maafkan kekasaran bahasa sy) seperti rejim zionis di Palestine. 


Dalam hal palestin-israel laknatullah ini, muslim digalakkan untuk membaca doa qunut nazilah. Semoga Allah mengalahkan, menghancur leburkan dan mengacau bilaukan pihak tentera zionis ini (rujuk maksud qunut nazilah). Mesti ada yg tertanya-tanya 'kenapa mendoakan keburukan untuk orang lain?' 


Biar sy memberi analogi:
Sekiranya nyawa anda sangat2 terancam dan tidak ada peluang untuk berkompromi langsung, maka tidak ada cara lain untuk menyelamatkan diri selain membunuh orang yg mengancam nyawa anda itu. Dan apabila orang tanya 'kenapa membunuh?Membunuh tu salah!' Maka anda semestinya menjawab 'sbb dia mengancam nyawaku.'


Begitulah juga untuk perihal doa ini. Nyawa umat Islam sangat2 terancam.Tidak ada peluang langsung untuk berkompromi. Mereka telah melampaui batas. Even non-muslim pun can see how cruel they are. Tidak ada penolong lain selain Allah. Mereka bukan sahaja mengancam malah memandai-mandai mencabut nyawa saudara muslim kita sendiri. Untuk menjawab pertanyaan 'kenapa mendoakan keburukan untuk orang lain?' jawapannya: 'sbb israel laknatullah telah melampaui batas!'  





rama_ana

1 comment: